ASSALAMU'ALAIKUM WR WB
Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW tentunya tidak boleh disamakan dengan pengertian perkataan agama menurut fahaman manusia pada umumnya, iaitu berupa ajaran yang menyatakan tentang hubungan antara manusia dengan kuasa ghaib. Ketidaksamaan pengertian ini kerana Islam sebagai ad-Deen yang merangkumi keseluruhan lapangan
kehidupan manusia itu adalah terkandung di dalamnya aqidah, amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani. Fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat adalah lebih luas dari pengertian agama sahaja.
Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW tentunya tidak boleh disamakan dengan pengertian perkataan agama menurut fahaman manusia pada umumnya, iaitu berupa ajaran yang menyatakan tentang hubungan antara manusia dengan kuasa ghaib. Ketidaksamaan pengertian ini kerana Islam sebagai ad-Deen yang merangkumi keseluruhan lapangan
kehidupan manusia itu adalah terkandung di dalamnya aqidah, amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani. Fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat adalah lebih luas dari pengertian agama sahaja.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan
Kami turunkan kepadamu al-Quran untuk menerangkan segala-galanya dan
petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang Muslimin.”
An-Nahl: 89
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Pada
hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku
cukupkan bagi kamu nik’mat-Ku dan telah Aku redha Islam itu menjadi
Agama kamu.” Al-Maidah: 3
Rasulullah
SAW memberi berbagai-bagai ta’arif tentang Islam menurut keadaan orang
yang bertanya, iaitu dengan hanya menyebut beberapa juzu’ yang menjadi
rukun tanpa menyebut secara keseluruhannya. Di dalam satu hadith, ketika
menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail AS tentang apa dia Islam,
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Islam
itu bahawa kamu menyaksikan tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika
berkuasa.” Riwayat Imam Muslim.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
“Dibinakan
Islam itu di atas lima perkara. Bersyahadah bahawa tidak ada Tuhan yang
sebenar melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah ,
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, Haji ke Baitullahil Haram dan
puasa Ramadhan.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Ketika menjawab pertanyaan dari seorang yang bertanya apakah Islam? Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Rasulullah bersabda: “Lima sembahyang sehari semalam,”
Lalu dia bertanya: “Adakah wajib pada saya selain daripadanya?”
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak melainkan yang sunat.” Lalu Rasulullah SAW menyebut: “Zakat.”
Dia bertanya lagi: “Adakah wajib kepada saya lain daripadanya?”
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak, melainkan yang sunat.”
Lalu dia berpaling dan berkata: “Aku tidak menambah dan mengurangkan daripadanya.”
Rasulullah SAW bersabda: “Dia mencapai kemenangan kalau dia benar, atau dia masuk Syurga jika dia benar-benar begitu.”
Hadith
tersebut hanyalah menyatakan tentang rukun rukun Islam dan bukannya
menyatakan keseluruhan ajaran Islam kerana Islam yang terkandung di
dalam al-Quran serta dijelaskan oleh Rasulullah SAW itu adalah lebih
luas daripada apa yang disebut di dalam rukun-rukun Islam. Sesungguhnya
disana masih ada lagi disebut tentang akhlaq, ekonomi, kemasyarakatan,
rumahtangga, negara, perdamaian, peperangan, balasan baik dan jahat.
Kalau sekiranya kita buka kitab-kitab Feqah pula, maka kita dapat
melihat di dalamnya tentang hukum-hukum ibadat, mu’amalat, kehakiman,
perundangan, jihad dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan kitab-kitab
hadith seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim yang bukan sahaja sekadar
menyebut rukun-rukun Islam tetapi adalah menyebut lebih daripada itu.
Di
sini saya kemukakan beberapa ta’arif Islam sebagaimana yang pernah
dikemukakan oleh ulama’-ulama’ berdasarkan kepada al-Quran dan
as-Sunnah. Di antaranya ialah:
1. Islam
bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah SWT serta menta’ati-Nya
yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang
seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Apakah
mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepada-Nya
menyerah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan
suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan.” (Ali-Imran:
83)
Adapun
ketundukan dengan penuh kesedaran adalah hakikat Islam dan dalam
keadaan tundukyang seperti itu timbul pahala dan dosa. Sesungguhnya
tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah SWT ialah redha menerima
agama-Nya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran
Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredhai
Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul-Nya Alaihis solatu
Wassalam untuk disampaikan kepada seluruh manusia.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan
barangsiapa yang mencari selain daripada Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya dan dia akhirat nanti termasuk di kalangan
orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan
barangsiapa yang menyerah dirinya (Islam) kepada Allah sedangkan dia
sebagai orang yang berbuat demikian, maka sesungguhnya dia telah
berpegang kepada simpulan tali yang kukuh dan hanya kepada Allah
kesudahan segala urusan.” (Luqman: 22)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan
Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula
Ya’qub, Ibrahim berkata): ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah
memilih agama ini bagumu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk
agama Islam.”
“Adakah
kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan (tanda-tanda mati), ketika dia
berkata kepada anak-anaknya: “Apakah kamu sembah selepas aku meninggal?
Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu
Ibrahim, Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya
tunduk patuh kepada-Nya.” (al-Baqarah: 132-133)
Kemudian
dikhususkan Islam itu dengan ad-Deen yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
dari Tuhannya dengan mengikut sepenuhnya tanpa qaid dan syarat. Maka
dengan itu lahirlah ketundukan kepada Allah Rabbil Alamin secara khusyuk
dan Ikhtiari. Jadi, berdasarkan kepada itu maka ta’arif Islam itu
ialah:
Kepatuhan
secara Ikhtiari kepada Allah SWT yang dilahirkan secara mengikut
Syariat Allah SWT sebagaimana yang di wahyikan kepada Nabi Muhammad SAW
dan diperintah supaya menyampaikannya kepada manusia.
2. Islam
adala Nidzam (peraturan), perundangan yang lengkap bagi mengatur
kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlaq yang mulia yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT, guna disampaikan kepada manusia
serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikuti dan menentang
sama ada dosa dan pahala.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan
barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan
diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk di kalangan
orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)
3. Islam
itu ialah kumpulan peratuan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW yang terkandung di dalamnya
peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, mu’amalat dan segala
berita yang disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah diperintah
agar disampaikan kepada manusia.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Wahai
Rasul! Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika
tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu), bererti kamu tidak
menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari (gangguan)
manusia.” (al-Maidah: 67)
Maksud
‘apa yang diturunkan itu’ ialah al-Quran dan as-Sunnah yang terkandung
di dalamnya segala hukum-hukum yang tersebut di atas. Itulah dia yang
dikatakan Islam.
4. Islam
ialah keseluruhan ad-Deen yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang
terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubungan dengan aqidah,
amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara dzahir dan batin
dengan penuh keikhlasan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Bahkan
seiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik,
maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka
dan mereka tidak juga berdukacita.” (al-Baqarah: 112)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Padahal
mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan
mengikhlaskan agama kerana-Nya (dengan menjauhi kesesatan) dan supaya
mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat kerana yang demikian
itulah agama yang lurus.” (al-Bayyinah: 5)
5. Islam
dengan makna menyerah diri secara dzahirsahaja sekalipun dengan tidak
ada Iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa
faedah kepada penganutnya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Orang
badwi berkata, “Kami telah beriman,” Katakanlah kepada mereka, “Kamu
belum beriman,” tetapi katakanlah, “ Kami telah Islam, kerana Iman itu
belum masuk ke dalam hati-hati mereka.” (al-Hujurat: 14)
Diriwayatkan dalam hadith Rasulullah SAW oleh Saad bin Abi Waqqas yang bermaksud:
Rasulullah
SAW memberi kepada satu rombongan yang baru menganut Islam beberapa
pemberian dengan Saad bin Abi Waqqas ada bersama-sama. Kemudian
Rasulullah SAW meninggalkan seorang daripada mereka dengan tidak
diberikan apa-apa pemberian. Saya (Saad) merasa kagum dengan lelaki itu.
Lalu saya bertanyakan Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, mengapakah
bersikap sedemikian terhadapnya? Maka demi Allah saya melihat dia
beriman.”
Rasulullah SAW menjawab: “Adakah dia Islam?”
Kemudian Rasulullah SAW diam dan saya sendiri masih lagi mempunyai anggapan menurut apa yang saya tahu.
Lalu saya bertanya pula: “Ya Rasulullah, mengapakah bersikap sedemikian terhadapnya? Demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah bersabda: “Adakah dia Islam?”
Kemudian Rasulullah SAW diam dan anggapan saya terhadap lelaki tersebut masih seperti dulu.
Lalu saya bertanya semua: “Bagaimanakah anggapan Rasulullah SAW terhadapnya? Demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah
SAW bersabda: “Apakah dia Islam? Sesungguhnya aku akan berikan kepada
lelaki dan lain-lainnya. Lebih aku suka, kerana aku takut dihumbankan
mukanya ke dalam neraka.
6. Islam
merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan
kepada setiap manusia sama ada dahulu ataupun sekarang, iaitu:
Dari mana dia datang?
Mengapakah dia dijadikan?
Kemanakah dia akan dikembalikan?
Jawapan kepada tiga pertanyaan tersebut ialah ‘Islam’ yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Pertanyaan yang pertama, iaitu ‘Dari mana dia datang?’ ada terkandung di dalam firman Allah SWT:Maksudnya:
“Orang
badwi berkata, “Kami telah beriman,” Katakanlah kepada mereka, “Kamu
belum beriman,” tetapi katakanlah, “ Kami telah Islam, kerana Iman itu
belum masuk ke dalam hati-hati mereka.” (al-Hujurat: 14)
Diriwayatkan dalam hadith Rasulullah SAW oleh Saad bin Abi Waqqas yang bermaksud:
Rasulullah
SAW memberi kepada satu rombongan yang baru menganut Islam beberapa
pemberian dengan Saad bin Abi Waqqas ada bersama-sama. Kemudian
Rasulullah SAW meninggalkan seorang daripada mereka dengan tidak
diberikan apa-apa pemberian. Saya (Saad) merasa kagum dengan lelaki itu.
Lalu saya bertanyakan Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, mengapakah
bersikap sedemikian terhadapnya? Maka demi Allah saya melihat dia
beriman.”
Rasulullah SAW menjawab: “Adakah dia Islam?”
Kemudian Rasulullah SAW diam dan saya sendiri masih lagi mempunyai anggapan menurut apa yang saya tahu.
Lalu saya bertanya pula: “Ya Rasulullah, mengapakah bersikap sedemikian terhadapnya? Demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah bersabda: “Adakah dia Islam?”
Kemudian Rasulullah SAW diam dan anggapan saya terhadap lelaki tersebut masih seperti dulu.
Lalu saya bertanya semua: “Bagaimanakah anggapan Rasulullah SAW terhadapnya? Demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah
SAW bersabda: “Apakah dia Islam? Sesungguhnya aku akan berikan kepada
lelaki dan lain-lainnya. Lebih aku suka, kerana aku takut dihumbankan
mukanya ke dalam neraka.
6. Islam
merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan
kepada setiap manusia sama ada dahulu ataupun sekarang, iaitu:
Dari mana dia datang?
Mengapakah dia dijadikan?
Kemanakah dia akan dikembalikan?
Jawapan kepada tiga pertanyaan tersebut ialah ‘Islam’ yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Pertanyaan yang pertama, iaitu ‘Dari mana dia datang?’ ada terkandung di dalam firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Wahai
manusia, jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari qiamat, maka
(ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,
kemudian dari setitik mani, kemudian dari seketul darah, kemudian dari
segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan tidak sempurna kejadiannya
supaya Kami terangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami letakkan di
tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang Kami kehendaki hingga satu
masa tertentu, kemudian (Kami pelihara) hingga kamu sampai tegap teguh,
dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan sebahagian dari kamu
dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa
lagi sesudah tahu. (Al-Hajj: 5)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan
sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dari air yang terasing dari
tanah. Kemudian Kami jadikan dia setitik mani ditempat ketetapan yang
terpelihara. Kemudian Kami jadikan mani itu seketul darah, lalu Kami
jadikan darah itu segumpal daging. Kemudian daging itu Kami jadikan
tulang, lalu tulang-tulang itu Kami liputi dengan daging. Kemudian Kami
jadikan dia satu kejadian yang lain sifatnya. Maha Suci Allah sebagai
pencipta. (Al-Mu’minuun: 12 – 14)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Maka
cubalah manusia itu melihat dari apa yang ia dijadikan. Dijadikan dia
dari air yang terpancar yang keluar dari Sulbi laki-laki dan Thara’ib
(tulang dada perempuan) (Ath-Thariq: 5 – 7)
Pertanyaan kedua, iaitu ‘Mengapa dia dijadikan?’ adalah terkandung di dalam firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan Aku tidak jadikan Jin dan Manusia itu melainkan supaya mereka meng’abdikan diri kepadaKu.” (Adz-Dzaariaat: 56)
Di
mana peng’abdian itu berlaku dengan ma’rifatullah (kenal Allah SWT),
kasih kepada-Nya, tunduk, patuh dan mengikut kedudukan yang layak yang
disediakan bagi mereka, agar mereka mencapai kebahagiaan sebenarnya di
dunia dan akhirat.
Pertanyaan ketiga iaitu, ‘Kemanakah dia dikembalikan?’ adalah terkandung di dalam firman Allah SWT.
Maksudnya:
Wahai
manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh
menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya. (Al-Insyqaaq: 6)
Firman Allah SWT.
Maksudnya:
“Allah
mencipta manusia dari permulaan, kemudian mengembalikannya
(menghidupkannya) kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”
(Ar-Ruum: 11)
Firman Allah SWT.
Maksudnya:
Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu, lalu Ia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Az-Zumar: 7)
Firman Allah SWT.
Maksudnya:
Dan bahawasanya hanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu) (An-Najm: 42)
Firman Allah SWT.
Maksudnya:
Seungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembalimu. (Al-Alaq:8)
Ayat-ayat
tersebut menyatakan kesudahan manusia. Iaitu manusia itu dikembalikan
kepada Allah SWT untuk dibuat perhitungan dan balasan terhadap amalan
mereka di dunia. Seterusnya ditentukan tempat yang sewajarnya bagi diri
masing-masing. Sesiapa sahaja yang bersih juwanya dengan Iman dan ‘Amal
Soleh’ telah dijanjikan syurga dan kepada sesiapa yang kotor jiwanya
dengan kufur dan maksiat, maka balasannya ialah neraka.
7. Islam
merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia, merupakan cahaya
petunjuk dalam kehidupan, merupakanubat yang mujarab untuk mengatasi;
memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenaryang tidak mungkin sesat
kepada sesiapa yang melaluinya.
Firman Allah SWT.
Maksudnya:
“Dan
demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (al-Quran) dengan perintah
Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-kitab (al-Quran) dan
tidak pula mengetahui apakah Iman itu, tetapi Kami jadikan al-Quran itu
cahaya yang Kami tunjuki dengan dia sesiapa yang kami kehendaki di
antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi
petunjuk kepada jalan yang lurus, iaitu jalan Allah yang kepunyaan-Nya
segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah bahawa
kepada Allah kembali segala urusan. (Asy-Syuura: 52 – 53)
Firman Allah SWT.
Maksudnya:
Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Al-Israa’: 82)
Segala
takrif yang tersebut di atas hanyalah beberapa contoh sebagai susulan
dari berbagai-bagai lagi takrif yang dikemukakan oleh ulama’. Kesemua
takrif dapat diterima asalkan ianya merangkumi maksud ajaran yang
terkandung di dalam Islam dan sesungguhnya kesemua takrif itu tidak lah
bercanggahan bahkan beriringan di antara satu sama lain. Adanya
kepelbagaian takrif adalah menunjukkan kepada kita betapa syunulnya
Islam sehingga tidak ada perkataan yang dapat kita terjemahkan bagi
memberi makna yang seerti dengan hakikat Islam.
WASSALAMU'ALAIKUM WR WB
WASSALAMU'ALAIKUM WR WB
0 komentar:
Post a Comment