ASSALAMU'ALAIKUM WR WB
Shalat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Shalat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh
yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk
memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat
istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.
Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan,
ulangilah
solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali
berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah
satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah
berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah
pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan
merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan
keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah
digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan
mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap
mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata
cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya
niatnya saja yang berlainan, yaitu berniat solat istikharah.
dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik
dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih
khusyu dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat
peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak
memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t.
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma
inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min
fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa
a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma
inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa
‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii
tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii
fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi
fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma
ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir.
Wallahua’lam bishowab
Artinya:
“Ya
Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku
mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu
yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau
Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui
semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya
Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik
pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang,
takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah
daripadanya.
Tetapi
jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi
agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun
pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku
daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
WASSALAMU'ALAIKUM WR WB
0 komentar:
Post a Comment